Sunday, 10 June 2012

BARBEQUE Part 1

Assalamualaikum.

Hey hey. Kat bawah nie kan Mey ada update blog pastu kan dia post dekat Fb Degik , dia suruh baca blog nie kan. mula mula kan masa aku bukak blog nie , aku nampak muka dia setebengggg *setebeng tu ape?tanya mey* pastu kan aku tengok lah kiri kanan , tengok header kot kot lah Mey tukar pape tapi takda ape yang berubah pun. Tengok tengok , laaaaa , dia update entry rupenya. -_______-''

Mey request , dia suruh update pasal short vacation hari tu kan haaaa , nak update lah nie. tapi sebelum tu , fyi , aku ada jugak dua tiga kali bukak blog nie sebab kot kot lah Teha ke Bella ke Ana ke update pasal Cherating tu tapi takda pun. rasanya masa kat Cherating tu , Teha lah yang paling eksaiteddd cakap pasal update blog nak cerita pasal journey lah , dia suruh tiap orang update pasal memory masing masing lah bla bla bla.

Okay , penat bermukadimah. Meh startttttt.

25/May/2012 : Bila UiTM bagi cuti menuai , UMP bagi masa untuk study week , Diploma pulak tengah cuti sem , haaa sebab tu lah jadi jugak plan nak gather reramai. penat plan dari dulu tapi sekali pun tak menjadi sebab masa cuti lain lain. okayy semua , cakap tenkiuu dekat UiTM dan UMP. tenkiuuuuuuuuuu

26/May/2012 : Maka dengan ini , tiba lah harinya. berbekalkan kata kata Bella yang kononnya nak datang rumah aku pukul 8.30 am , mama pulak suruh tolong pergi breakfast kat Tanjung Lumpur pastu gigih lah ride laju laju dengan harapan jangan lah Bella datang lagi. Semangat aku message Bella , suruh bertolak pukul 10 am tapi tak reply pun. fine , Bella takda kredit. sesampai jek kat umah , Teha start msg aku tanya pasal Bella pastu penat jawab soalan Teha , call Bella tapi Bella tak jawab , call Ana tapi kakak operator yang jawab. heyyy mana korang? tunggu punya tunggu pukul 10 am lebih baru Bella reply msg dia cakap morning sygs.sorry aku baru bangun tido.okay,semua orang boleh pergi mandi sekarang. pfft !

Bella sampai umah aku dalam pukul 11 lebih dekat dekat pukul 12. okay Bella and Ana , memang lah sangat 8.30am kan. Lepas amik aku , pergi Sungai Isap pergi amik Teha pastu aku penat fikir Sg Isap rumah sape? Rumah sape? yang aku tahu sedara Teha dekat Bukit Istana and Maktab Adabi jek. puas tanya Bella , Bella cakap tak tahuuu laa. semalam sepupu kpop dia yang ambik dia. Sepupu kpop? sejak bila Abang Long Teha yang mata coklat tu jadi kpop? takpe , biarkan aku confuse sesorang.

Haaaa , lepas amik Teha , pergi lah Carrefour sebab biat utama nak beli ayam yang dah siap marinate tapi cari punya cari haaaa nie yang dapat.


Tengok tengok. ayam lah sangat kan nie tak termasuk lagi arang sekotak. masa grab barang barang nie semua ingat dekat Erisya and semua cakap kalau ada Eri nie , habis laaa. hey nie tak boleh , hey nie tak payah , hey nie membazir tahu tak HI Erisya !

Lepas habis beli barang sampai penuh kereta , singgah pulak kat rumah aku sebab nak ambik puding cocktail pastu pergi rumah Bella , tumpang perapkan ayam , siang sotong bla bla bla. dah bila nak sampai Cherating nye? lek luu ! okayy , dah siap segala bagai , dah rembat macam macam barang dari rumah Bella sampaikan kereta sendat gilaaaa.muat muat untuk si driver tekan pedal minyak and break. co pilot dah duduk bersla sebab tempat letak kaki dah penuh. aku dengan Teha pulak romantik gilaa kat belakang , duduk rapat rapat , kepit kepit sebab sebelah seat dah penuh. tengok ! betapa kurusnya kami. oh !

haaaa , tepat pukul 5.30 pm ktorang sampai dekat Tanjung Inn Fedelia amende entah.


Lepas deal dengan Nepal , masa untuk check innnnnnn ! tempat dia memang hijau gilaaaa dan sesuai untuk honeymoon. -___- nah , amik kauu. tak masuk bilik lagi dah buat macam tempat sendiri.


Ana takda sebab dia yang amik gambar. nak tengok ana? okayy , jap.


hahaha gambar Ana dari belakang dari sudut kurus , barangkali. see see. depan bilik ada tasik lah. Lepas bergalok , semua pergi usha pantai amboii macam mat saleh jek kan. macam lah masing masing tak kenal pantai. hihi


Sekali lagi , Ana takda -____-
Lepas balik pantai niat nak pergi beli seluar hawaii tapi tak jumpa. pergi tapau makanan errr nama dia Malay Fried Rice , Thai Fried Rice and Chili Fried Rice. nama nak glamer tapi sume tu nasi goreng kg , nasi goreng tomyam dengan nasi goreng cili padi. okayy , Cherating kan ramai foreigner so nama kena lah gempak kan? ehh green paper lah , beancord , kopi. eh , kenapa tak coffee? entah laaaaa.

haaa , dah sampai part malam. BARBEQUEEEEEEE! bbq dalam jentolak , bak kata jiran sebelah , korek pasir guna loyang , tiup api tapi tak hidup hidup mujur lah ada pakcik sebelah datang tolong. pakcik ke ? err , abang macam geli sangat lah hoi. sebab dah lewat , hantu pun mula muncul , so Teha dengan Ana decide nak panggang separuh masak. sotong lembik lembik pun cakap half cook. takpee , janji telan.


eh eh , kalau perasan kat dalam tu yang kena balut dengan aluminium foil tu , tu lah potato ! creative kan?


nie lah hasil yang dah siap. sedak nyeee sedak nyeee. aku suka sausage dengan ayam.

habis jek panggang memanggang , start lah makan berjemaah dalam bilik. dirasmikan dengan sparkling red grape , nasi goreng tapau , cawan yang kecik , pinggan kertas senang buang jek , puding cocktail , air fanta orange pastu bagai bagai jenis sos. blurppp ! kenyang. lepas makan , macam biasa , dushhh ! terbongkang. waka waka ey ey.

ehh , aku ada class malam lah. haha. part two , sila sambung ye. tenkiu veri mac. nak mandi , dah lewat. hihi. bye uolls ! 

PelukCium dari Dungun ,
asyiraDEGIK




HYESAYEMEY #1


Tengah bosan bosan duduk terperuk dekat rumah cuti sebulan kan, akhirnya tergerak jugak semangat rajin untuk update blog oh-so DEGIK ni. So tadaaaa, HYE SAYE MEY!





Sebab aku rasa macam aku sorang je yang aktif kan, pergi Shah Alam jumpa Teha dan Eri, balik Kemaman, gigih bawak kereta pergi jelajah Dungun jumpa Syeera,  semangat nak tuntut hadiah dari Bella sanggup pergi Balok...dekat je pun tuihhhhh. Dan Ana! Mari berjumpa di alam maya!

Beberapa hari sebelum final intersessi hari tu, tertunai lah janji nak main ice skating dengan Eri dan Teha. Gigih jugak pergi ambik Teha yang kejap kejap.... aku excited aaaaa jumpa kau haha .....jauh sikit....ambik Eri yang baru jumpa 5 minit dah cakap.. eh aku penatlah layan kau Mey..  

Sepenat penat Eri layan aku, penat lagi budak naif 2 orang : Mey dan Teha pusing main ice skating. Penat harapkan Eri tempat bergantung, penat pujuk Teha suruh teman Eri main, penat dengar Eri membebel suruh main lagi. Tapi sarung tangan kita comel kan? ihiks ihiks!



Asyeera pulak. Aku rasa kan, aku paling banyak jumpa Syeera lah tahun ni. Wakaka. Gigih jugak Syeera google pantai kat Dungun tu mana yang best sebab aku kan suka pantai #fliptudung.

Oh time ni aku dengan Syeera pergi tengok The Avengers, time ni lah Syeera jatuh cinta dengan Hulk. Wakaka. Semangat Syeera turun Paka bawak scooter yang comel, dan aku semangat...tak pernah pergi Paka tetiba dah ada dekat pintu gerbang Selamat Datang Dungun. Faham tak? Takpe, Syeera faham..kan Syeera kan? HIHI

Gambar ni hyperbola doh. Aku tak peluk pun Syeera. Syeera tak peluk pun aku. Tapi....hmmm nvm.
Ni dekat Teluk Gadung. Kalau kau nak mati Mey, kau masuk lah gua tu.
Wekkkk! Taknak mati, nak masuk gua Teluk Bidara pulak lepas ni!


Ni pulak masa dating dengan Syeera dan Bella yang buat aku rasa nak nyanyi lagi se less lonely girl se less lonely girl. Seram aku lalu jalan dekat Gebeng tu, rasa nak nangis sesorang tetiba nampak KFC Balok terus tak jadi nangis. Wakaka. Dating kali ni merupakan mini road trip dari kemaman-balok-beserah-gambang-beserah-kemaman. Diorang selok nak makan dengan Aziz Satar. Dah kena jampi ke apa aku tak tahu..
dan dapat hadiah birthday dari Bella! Hello Kitty much!

So next, aku nak sapa-sapa lah update pasal BBQ korang tu ya. Sorry tak leh join sebab sepupu aku kahwin. Kan aku tak pergi kan , nanti mama aku cakap kekgi adop orang nok gi majlis kahwin Mimi.
Dan Ana! Ada jodoh kita jumpa yaaa. Datang lah Kemaman, makan Aziz Satar!

pretty, funny, smart, cool and kelolo
MEY.