Monday, 14 May 2012

Pertama Kali (Lima)

Salam u olls, sebelum baca senyum sikit. Hehe.

Ehem ehem! *betulkan anak tekak dalam hati, renggangkan jari jemari sebab nak menulis kat sini. Eksaited weyh nak tulis blog sebab aku bukanlah blogger yang handal macam kalian. Yang ayat bermadah puitis bagai tuu kann. Yang English power bukan main dah macam anak Mat Salleh. Haha. Okay now i begin. Proceed!

Memandangkan semalam bersamaan 13 May 2012 adalah Hari Ibu Sedunia, so aku rasa macam ade idea nak tulis dekat sini. Sebagai anak apa yang korang describe mak, ibu, mama, mummy, umi korang? Mestilah mak tu yang kuat membebel, mengambil berat, pandai memasak dan mengemas, menjaga kebajikan anak dan suami, mendidik dan semualah yang bagi korang inspirasi dan secara automatiknya menjadi idola korang seperti superheroes. Walaupun aku takde lah SEMUA ciri-ciri yang dinyatakan tapi ade lah sikit kan lagi-lagi part yang kuat MEMBEBEL yang korang selalu dok cakap tu kan. Dan peristiwa yang aku selalu ingat time bukak puasa dekat dekat.... ermmm ape ntah nama kedai tu weyh yang sebelah Megamall tu. Ha yang tu lah. Ha Mey cakap aku macam mak mak je kan. Jaga kebajikan korang. Dah dapat makanan ke belum. Air dah sampai ke belum. Ha ingat tak kawan kawan. Mestilah korang ingat kan. Hahahaha.

So conclusion nye, aku ni ada ciri-ciri sebagai mak kan. Justeru itu korang patut wish dekat aku tau tak. Sekarang aku merajuk sebab terasa hati korang tak wish dekat aku. Okay itu sahaja untuk harini.
Aku gembira sebab first time tulis blog! :D